Resepi Puding Roti Kurma
Bahan-bahan:
4 biji buah kurma bersaiz besar } buang biji dan belah dua
2 keping roti
250ml susu cair
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu sudu makan mentega } cairkan
3 susu makan gula pasir
Sedikit esen vanila
Sedikit serbuk kayu manis
Cara membuatnya:
1. Terlebih dahulu, rendam buah kurma di dalam susu selama tiga jam. Kemudian asingkan susu dengan kurmanya.
2. Pukul telur, susu, gula dan esen vanila. Apabila kembang, masukkan mentega cair dan kacau sekata.
3. Susun roti dan kurma di dalam bekas yang sesuai dan masukkan adunan susu tadi.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit di dalam suhu 180˚C sehingga masak.
5. Sedia dihidangkan.
Resepi Puding Roti Kurma
Reviewed by Unknown
on
11:22 PTG
Rating:
Tiada ulasan: