Resepi Kuih Lompang





Bahan-bahan:
 
280gm tepung beras
25gm tepung sagu
125gm gula pasir
5ml esen ros
1000ml air | 450ml dibancuh dengan tepung
dan 450ml lagi dimasak bersama gula
1 helai daun pandan | disimpul
Acuan secukupnya
Kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam

Cara memasaknya:
 
1. Panaskan kukusan. Masak 450ml air bersama gula dan daun pandan sehingga gula menjadi larut.
2. Dalam bekas yang lain, satukan tepung beras dan tepung sagu. Campurkan dengan
450ml air lagi dan kacau rata.
3. Tuangkan adunan air gula ke dalam adunan tepung.
4. Kacau rata dan kemudian ditapis. Adunan ini akan menjadi adunan yang terlalu cair.
5. Tambahkan pula esen ros. Kacau rata.
6. Bahagikan adunan kepada tiga atau empat bekas dengan sama banyak. Oles acuan dengan minyak jagung atau minyak masak.
7. Susun dalam kukusan. Apabila air kukusan telah mendidih, letakkan acuan dan kukus acuan dahulu selama lima minit. Selepas lima minit, tuangkan adunan dalam bekas acuan.
8. Apabila sudah masak, tunggu ia sejuk dan keluarkan dari acuan. Kuih lompang dihidangkan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam
Resepi Kuih Lompang Resepi Kuih Lompang Reviewed by Unknown on 11:15 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.