Resepi Puding Pisang Gula Merah

 



Bahan-bahan:
  • Bahan 1
  • 1 bungkus serbuk agar-agar putih
  • 150 gm gula Melaka ~ diracik halus
  • 50 gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
  • 700 ml santan
  • secubit garam
  • Pisang tanduk ~ dikukus dan dibentukkan bunga - saya tak buat, malas!
  • Bahan 2
  • 1/2 bungkus serbuk agar-agar putih
  • 250 ml air
  • 100 gm gula Melaka ~ di racik halus
  • 50 gm gula pasir
  • 2 helai daun pandan ~ disimpul
Cara Membuatnya:
  1. Sediakan acuan puding bentuk bulat Boleh juga gunakan plastik keras. Buat bentuk bulat. Alas dasanya dengan kertas aluminium dan ketepikan
  2. Masak agar-agar, gula Melaka, gula pasir, daun pandan, santan dan secubit garam dari bahan 1 hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya. Angkat dan bahagikan kepada 2 bahagian
  3. Tuangkan satu bahagian adunan kedalam acuan 1/3 bahagian ~ sejukkan Aturkan hirisan pisang di dinding acuan ~ ketepikan
  4. Masak agar-agar, air, gula Melaka, gula pasir dan daun pandan, dari bahan 2 hingga mendidih. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan hingga 2/3 bahagian. Sejukkan
  5. Tuangkan lebihan adunan pertama keatas agar-agar.Sejukkan Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.
Resepi Puding Pisang Gula Merah Resepi Puding Pisang Gula Merah Reviewed by Unknown on 12:38 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.