Resepi Agar-Agar Telur

 
Bahan-bahan:
  • Bahan A
  • 7 biji telur
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 sudu teh perasa pandan
  • Bahan B
  • 10gm agar-agar serbuk
  • 600ml air
  • 10 sudu besar gula
Cara membuatnya:
  1. Sediakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih. Pukul(dengan garfu) telur bersama santan, gula, garam, perasa pandan dan esen vanila.
  2. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiapnya dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
  3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Sediakan bekas dan dengan menggunakan sudu yang tajam tepinya(kak guna sudu plastik biasa) sendukkan nipis-nipis dan susun berselang seli warnanya.
  4. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih. Masukkan gula dan biar mendidih lagi.
  5. Tuang agar-agar secara perlahan-lahan ke dalam bekas tadi. Tuang biar mencecah lebih sedikit sahaja.
  6. Mungkin ada lebihan agar-agar tersebut...buatlah agar-agar biasa...letak sirap ke atau sebagainya.... Bekukan dan siap untuk dipotong.
Resepi Agar-Agar Telur Resepi Agar-Agar Telur Reviewed by Unknown on 11:41 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.