Resepi Kuih Jongkong

 

Bahan-bahan:
  • Bahan A :-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sb tepung kanji/ubi
  • 3 sb gula pasir (opt)
  • 6 cawan air daun pandan (kisar 6-7 helai daun pandan + air)
  • 1 sk garam
  • 1 sb air kapur
  • secukup pewarna hijau muda
  • Bahan B :-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sk tepung kanji/ubi
  • 6 cawan santan sedang (akak guna 500ml santan KARA + air)
  • 2 sk garam
  • Bahan C :-
  • Secukup gula merah atau gula melaka yang dihiris

Cara Membuatnya:
  1. Sediakan mangkuk kecil atau bekas pilihan dan bubuh di dasarnya 1 sb atau secukup gula merah/melaka dan ratakan. Ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan2 A ke dalam periuk dan masak sambil dikacau2 hingga adunan pekat meletup2. Matikan api lalu tuangkan adunan hijau ke atas gula merah/melaka yang di dalam mangkuk kecil tadi.Lakukan hingga habis dan ketepikan.
  3. Campurkan semua bahan2 B ke dalam periuk dan masak hingga pekat meletup2. Matikan api lalu tuangkan adunan santan ke atas lapisan hijau tadi. Biar kuih sejuk dan hidangkan.
  4. Kuih jongkong in enak juga dimakan dingin.
Resepi Kuih Jongkong Resepi Kuih Jongkong Reviewed by Unknown on 2:47 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.