Resepi Lengat Pisang

 
Bahan-bahan:
  • 4 biji pisang montel yang ranum dilenyek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum diayak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • secubit garam

Cara Membuatnya:
  1. Panaskan periuk kukus.
  2. Di dalam satu mangkuk, masukkan pisang lenyek, gula, dan tepung. Kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan garam. Kacau semua hingga sebati.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan pisang tadi. Kukus selama 30-40 minit.
  4. Sejukkan sebentar lengat pisang ini sebelum dipotong. Sesuai dinikmati bersama secawan kopi kampung panas.
Resepi Lengat Pisang Resepi Lengat Pisang Reviewed by Unknown on 2:23 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.