Resepi Kek Pandan Marble
Bahan-Bahan:
- 1 cawan (225g) gula kastor
- 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
- 1 cawan (225g) mentega, salted butter
- 4 biji telur saiz A
- 3 sudu besar susu full cream
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu besar serbuk koko, diayak
- 2 sudu besar pandan emulco
Cara Penyediaan:
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
- Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
- Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
- Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
- Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul 'swirl' supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
- Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
- Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.
Resepi Kek Pandan Marble
Reviewed by Unknown
on
5:39 PG
Rating:
Tiada ulasan: