Resepi Apple Crumble Muffin

Bahan-Bahan:

Bahan untuk muffin:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji epal, dipotong kiub
  • 2/3 cawan susu full cream
Bahan untuk topping:
  • 1/3 cawan gula perang
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 3 sudu besar mentega

Cara Penyediaan:

Cara untuk muffin:
  1. Di dalam mangkuk, ayak tepung serbuk penaik, garam dan baking soda.
  2. Dalam bekas berasingan, pukul telur bersama gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan vanila kemudian diikuti tepung sedikit demi sedikit.
  3. Tuangkan separuh susu dan kacau sebati. Kemudian masukkan epal dan tuangkan lagi sedikit demi sedikit baki susu sehingga adunan sebati.
  4. Sudukan adunan ke dalam cawan muffin dan taburkan dengan crumd topping.
  5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 170-180 celcius selama 18-25 minit.
Cara untuk crumb topping:
  1. Satukan gula perang dan tepung. Kemudian gaulkan bersama butter dan serbuk kayu manis.
Resepi Apple Crumble Muffin Resepi Apple Crumble Muffin Reviewed by Unknown on 12:27 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.