Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang

Bahan-Bahan:

  • 600 gram taugeh
  • 6-7 tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 mangkuk isi kerang rebus
  • 1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi, hiris nipis
  • 1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 biji cili padi
  • 1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk memasak:
  1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang Resepi Kerabu Taugeh Dan Kerang Reviewed by Unknown on 7:35 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.