Resepi Agar-Agar Sirap Selasih
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk lapisan sirap selasih:
- 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
- 600 ml air (anggaran 2 1/2 cawan air)
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu besar biji selasih, rendam sampai kembang
- 1/2 sudu besar pati sirap ros
- 1 helai daun pandan
- Bahan-bahan untuk lapisan sirap bandung:
- 1/2 pek agar-agar kering (dari bungkusan 25g), rendam sehingga lembut
- 400 ml air (anggaran 1 3/4 cawan air)
- 1/2 tin susu cair
- 3/4 cawan gula pasir
- 1/2 sudu besar pati sirap ros
- 1 helai daun pandan
Cara membuatnya:
- Dalam dua periuk yang berasingan, rebus bahan untuk lapisan sirap selasih (kecuali biji selasih) dan bahan untuk sirap bandung.
- Rebus sehingga mendidih dan pastikan ketulan agar-agar cair sepenuhnya. Kemudian tapis air rebusan agar-agar.
- Untuk bahan sirap selasih, biji selasih boleh ditambah apabila sirap sudah ditapis.
- Tuang sirap selasih ke dalam bekas acuan dan sejukkan. Apabila agar-agar sudah sejuk, cakar atau cucuk-cucukkan permukaan supaya bahagian lapisan atas melekat.
- Tuang bahan sirap bandung dan sejukkan lagi sekali.
- Apabila aga-agar sudah sejuk sepenuhnya, boleh lah dihidangkan.
Resepi Agar-Agar Sirap Selasih
Reviewed by Unknown
on
10:12 PTG
Rating:
Tiada ulasan: