Resepi Agar Agar Laici

 

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar kering, 28g
  • 1 1/2 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 2 helai daun pandan
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin laici

Cara membuatnya:

  1. Basuh dan rendam agar-agar lebih kurang 1/2 jam.
  2. Tapis dan masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air, gula dan daun pandan. Masak hingga agar-agar larut
  3. Masukkan susu cair dan air laici ke dalam larutan agar-agar. Kacau seketika sehingga mendidih.
  4. Carikkan isi laici dan tabur di dalam loyang.
  5. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang, sejukkan seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk.
  6. Apabila agar-agar sudah sejuk dan membeku, potong dan hidangkan.
Resepi Agar Agar Laici Resepi Agar Agar Laici Reviewed by Unknown on 10:04 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.