Resepi Lasagna Sedap
Bahan-Bahan:
- kepingan lasagna segera, tak perlu rebus
- parutan keju mozarella, secukupnya
- serbuk keju parmesan, secukupnya
- Bahan untuk sos bolognaise:
- 300 gram daging atau ayam kisar
- 379 gram @ 1 jar kecil sos prego traditional
- 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
- 1 biji bawang besar kuning, potong dadu kecik
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 1 biji capsicum hijau, potong dadu
- 6 biji cendawan butang, hiris nipis
- 1 cawan carot yg dipotong dadu kecil
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan untuk sos putih:
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 keping keju cheddar cheesedale
- 1 sudu besar serbuk parmesan cheese
- 1 1/2 cawan fresh milk atau susu full cream
- lada putih dan garam secukup rasa
- Nota: guna 3 keping cheese jika tak masukkan keju parmesan
Cara Penyediaan:
- Cara untuk masak sos bolognaise:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga lembut, kemudian masukkan bawang putih dan diikuti daging kisar. Kacau sehingga daging kering airnya.
- Masukkan serbuk lada hitam, cendawan, dan apabila cendawan sudah layu masukkan pula capsicum, karot dan sos prego. Masak sehingga karot lembut. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tambahkan air jika kuah kering. Perlu dilebihkan kuah kerana kepingan pasta yang dugunakan adalah yang segera atau kering.
- Cara untuk memasak sos putih:
- Panaskan 2 sudu mentega dalam periuk kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
- Tuangkan susu dan masukkan cheddar cheese bersama parmesan cheese. Kacau seketika sehingga kuah sedit pekat dan masukkan lada putih seta sedikit garam. Hati-hati bila masukkan garam kerana cheese sudah rasa masin.
- Angkat dan sejukkan
- Cara untuk membuat lasagna:
- Panaskan oven kepada suhu 180°C.
- Sapu bekas caserole mentega supaya tidak melekat. Susun kepingan lasagna rapat-rapat.
- Kemudian tuang sos bolognese, ratakan. Sendukkan pula sos putih diikuti mozarella dan parmesan cheese.
- Ulang semula dengan menyusun kepingan lasagna, sos bolognese, sos putih, mozarella cheese dan sedikit parmesan cheese. Tutup bahagian atas dengan aluminium foil.
- Bakar di dalam oven selama 25minit. Kemudian buka aluminium foil dan teruskan membakar sehingga bahagian atas keperangan.
Resepi Lasagna Sedap
Reviewed by Unknown
on
4:00 PG
Rating:
Tiada ulasan: