Resepi French Toast
Bahan-Bahan:
- 5 keping roti Gardenia
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu full cream
- 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
- Butter secukupnya
- 1/4 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan susu, garam dan bawang. Kacau sebati.
- Panaskan kuali leper, lebih baik jika gunakan kuali non stick. Masukkan 1 sudu kecil butter.
- Celup kedua belah bahagian roti di dalam adunan telur. Kautkan bawang dan letakkan dia atas bahagian yang hendak di goreng. Cepat-cepat telangkupkan ke atas kuali. Apabila bahagian bawah masak, kautkan bawang ke bahagian atas dan cepat-cepat terbalikkan.
- Masak sehingga garing keperangan.
- Angkat dan hidang.
Resepi French Toast
Reviewed by Unknown
on
4:48 PG
Rating:
Tiada ulasan: