Resepi Apam Polkadot
Bahan-Bahan:
- 2 biji telur size A
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh ovallete
- 2 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu kecil baking powder
- Jem, jenis kesukaan anda
- piping bag secukupnya
- pewarna makanan
Cara Penyediaan:
- Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
- Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
- Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
- Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
- Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
- Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
- Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
- Picit dot dot ke atas adunan.
- Kukus selama 15 minit.
Resepi Apam Polkadot
Reviewed by Unknown
on
4:16 PTG
Rating:
Tiada ulasan: