Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam

Bahan-Bahan:

  • 150 gram cornflakes
  • 150 gram coklat bar
  • 50 gram badam cincang
  • 1-2 sudu besar shortening, gantikan dengan mentega pun boleh

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven dan bakar badam cincang dengan suhu 170°C selama 10-15 minit atau sehingga badam masak sempurna. Angkat dan sejukkan.
  2. Tuang cornflakes di dalam mangkuk besar dan ramas kasar sedikit supaya senang disudukan ke dalam cawan kertas nanti.
  3. Cincang kasar coklar bar supaya mudah cair. Kemudian cairkan coklat bersama shortening menggunakan kaedah double boiler dan kacau hingga betul-betul sebati.
  4. Tuang coklat cair ke dalam mangkuk cornflakes dan gaulkan bersama badam cincang sehingga sekata. Sudukan ke dalam papercup.
  5. Taburkan dengan sprinkles atau gula hiasan ketika coklat masih cair supaya senang melekat. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara
Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam Reviewed by Unknown on 8:49 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.