Resepi Urap Pucuk Ubi

Bahan-bahan:
  • 3 kepal pucuk ubi - yang telah direbus dan dikepal (untuk buang airnya)
  • 100 gm taugeh - dicelur sedikit
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • 4 helai daun cekur - dihiris halus
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi - kalau nak pedas tapi saya tak gunakan
  • Kelapa parut secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Hiris pucuk ubi yang telah dikepal tadi agak kasar2 sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk menggaul nanti.
  2. Masukkan sekali daun cekur, taugeh dan bawang merah. Gaulkan.
  3. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  5. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  6. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk pucuk ubi tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Urap Pucuk Ubi Resepi Urap Pucuk Ubi Reviewed by Unknown on 1:28 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.