Resepi Biskut Dam
Bahan-Bahan:
- Bahan-bahan untuk doh vanilla:
- 100g mentega
- 65g gula kastor
- 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
- 220g tepung kek, ayak
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Bahan-bahan untuk doh coklat:
- 100g mentega
- 65g gula kastor
- 1 biji telur, suhu bilik dan kacau sebati
- 190g tepung kek
- 30g serbuk koko
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk doh vanilla:
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut. Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
- Cara-cara untuk doh coklat:
- Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan putih.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
- Sejukkan di dalam peti ais (freezer) selama 30 minit. Keluarkan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
- Canai setiap satu doh kecil kepada bentuk 4 segi, setebal 1 cm.
- Cara untuk biskut dam:
- Susun kepingan doh vanilla-coklat-vanilla.
- Susun kepingan coklat-vanilla-coklat.
- Sejukkan kembali di dalam freezer selama 30 minit. Keluarkan dan potong doh yang disusun tadi doh setebal 1 m. Pastikan potong dengan sama rata.
- Ambil 3 keping doh yang dipotong tadi dan susun bertindan secara berselang seli. Anda akan dapat hasilkan 4 batang panjang doh biskut dam.
- Che Nom sejukkan sekali lagi selama 10 minit dan keluarkan untuk dipotong setebal 1 cm. Susun di atas dulang pembakar yang telah digris dan dilapik dengan kertas parchment.
- Panaskan oven pada suhu 150°C. Bakar biskut selama 15-20 minit.
Resepi Biskut Dam
Reviewed by Unknown
on
7:29 PG
Rating:
Tiada ulasan: