Resepi Coleslaw ala KFC
Bahan-Bahan:
- 1/4 bahagian sayur kobis, dihiris atau cincang kasar
- 4-5 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar jus lemon
- 1 batang lobak merah, parut kasar
- 1/4 cawan susu
- 1 sudu besar gula putih
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada hitam
Cara Penyediaan:
- Di dalam mangkuk, campurkan jus lemon, mayonis, garam, gula dan susu. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan kobis yang dicincang kasar dan juga parutan
karot. Taburkan serbuk lada hitam dan gaulkan sehingga semua bahan
sekata. Jika coleslaw masih kering tambahkan sedikit mayonis. Tetapi
jangan terlalu banyak kerana nanti coleslaw bila direhatkan akan
mengeluarkan sedikit air dari sayuran.
- Sejukkan di dalam peti ais sebelum menghidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan