Resepi Muffin Lemon Poppyseed
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan butter
- 2/3 cawan gula
- 2 biji telur saiz A, asingkan putih dan kuning
- 1 1/3 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh baking soda
- 2 sudu besar poppyseed
- 1/2 cawan plain yoghurt
- 2 biji lemon, parut kulit sahaja
- 2 sudu besar jus lemon
- 1 sudu teh esen vanilla
- Bahan untuk 'lemon drizzle sugar':
- 10 sudu besar gula aising
- 2 sudu besar perahan jus lemon segar
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven pada suhu 170°C.
- Pukul butter dan gula sehingga putih dan kembang.
- Masukkan telur kuning sebiji dan putar, kemudian masukkan sebiji lagi dan putar sekata.
- Dalam mangkuk berasingan, ayak bahan kering iaitu tepung gandum, baking powder dan baking soda dan kemudian masukkan poppyseed dan parutan kulit lemon. Kacau sekata.
- Sudukan bahan kering ke dalam adunan butter sedikit demi sedikit dan selang selikan dengan yoghurt sehingga adunan menjadi sebati.
- Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur sehingga kembang dan menjadi 'bertanduk' apabila ditarik.
- Gaul adunan putih telur ke dalam bancuhan muffin dengan perlahan-lahan supaya ruang udara di dalam putih telur tidak terjejas. Sangat penting untuk digaul dengan lembut supaya tekstur muffin menjadi lembut dan gebu.
- Sudukan ke dalam acuan kertas 3/4 penuh dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik, lidi keluar dengan bersih.
- Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang dan drizzle dengan 'lemon drizze sugar' sebagai hiasan
Resepi Muffin Lemon Poppyseed
Reviewed by Unknown
on
12:39 PG
Rating:

Tiada ulasan: